Fakta Menarik Mengenai Aidiladha


now, before that, aku nak wish epy ary aye aidiladha dulu kepada mereka2 yg bergelar islam.. herm, nak nak cite pasal aidiladha nie mesti korng dah tau an, satu ary yang disambut dengan menyembelih lembu or kambing or biri2 or yg sekutu dengannya.... hehehehe... today, baru je abis ngap ketupat palas n nasi impit... hehehee... feeling aku makan... arap2 korang pon feeling la melantak.. ok, now nak cite sal fakta2 menarik sal ary aye aidiladha.... jom2 bace...

  • Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islammemperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allahdan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.T
  • Tidak ada azan atau iqamat bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha).
  • Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.
  • Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.”
  • Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban.
  • Haiwan yang hendak kita korbankan mestilah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

    haihh , sikit lagi ni , teruskan membaca yer ! :P

  • Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.
  • Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.
  • Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla. tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a
  • Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.
  • Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر)
    • Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.
    • Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

    sumber yg dicopy bulat2 adalah dari http://shiydaaqma.blogspot.com... XOXO... EPY ARY AYE SEMUA...  ^0^ ...   
    SHARE

    Jiemy

    • Image
    • Image
    • Image
    • Image
    • Image
      Blogger Comment
      Facebook Comment

    1 comments:

    Anonymous said...

    Just as good as your last post. Do you accept advertisers?